Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain.
Keperluan asas untuk tanaman tembikai:-
- Iklim
Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik. Suhu antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelah malam adalah amat sesuai. Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang. Tembikai tidak sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC.
- Tanah
Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah pengapuran diperlukan. Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai. Manakala kawasan yang paling sesuai ialah kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun. Ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon. Kultivar tanpa biji yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang tinggi dan mutu buah yang baik. Jenis baka tulen biasanya lambat matang, hasilnya rendah dan mutu buah kurang baik.
PENANAMAN
Pokok tembikai ditanam dari biji. Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek.
- Sistem Tanam Terus
Diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar. Keperluan biji benih ialah diantara 250-350 gram sehektar. Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih). Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih selubang.
- Sistem Semaian (kerek)
Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil (kerek). Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari. Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.
Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir. Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.
Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram. Sebanyak 1.0-1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran) dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah. Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan.
PENJAGAAN
- Sungkupan
Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium.
- Pemangkasan
Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari. Ini dapat menjamin tanaman tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam.
- Pembajaan
Program pembajaan yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:-
Peringkat Pertumbuhan
|
Masa
|
Jenis baja
|
Kadar/Lubang
|
Pertumbuhan awal
|
Menanam
|
tahi ayam (12:12:17:2)
|
1 - 1.5 kg (50 gm)
|
Pengeluaran daun dan jalar (pertumbangan tampang)
|
10 hari lepas tanam
|
12:12:17:2
|
100 gm
|
Pengeluaran bunga, putik dan buah
|
30 hari lepas tanam
|
12:12:17:2
|
100 gm
|
Pembesaran buah
|
45 hari lepas tanam
|
12:12:17:2
|
100 gm
|
Catatan
|
Sebelum tanaman menjalar, baja ditabur dalam bulatan lebih kurang 30 cm dari pangkal pokok. Apabila pokok mulai menjalar, baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih kurang 50-70 cm dari pangkal pokok.
|
Pengairan
Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum. Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada jenis tanah.
Sistem Pengairan
|
Jenis Tanah
|
Catatan
|
Sistem Perenjis
|
Tanah Bris, mineral dan tanah gambut
|
Dipasang sebelum menanam. Perlukan modal yang tinggi tetapi tahan lama.
|
Sistem Alur
|
Tanah mineral yang rata dengan sumber air yang banyak
|
Alur-alur dibuat selebar 30 cm lebar dan 20 cm dalam.
|
Sistem Titis
|
|
Digunakan dalam penanaman menggunakan sungkupan plastik.
|
Manual
|
|
Air diangkut atau dialirkan melalui saluran getah dan dibawa terus ke pokok.
|
CANTASAN
Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata. Jalar utama dicantas pada ruas 6 atau 7. Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang. Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.
PENGUTIPAN HASIL
Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh dipungut 20-25 hari selepas itu. Bergantung kepada keadaan cuaca. Biasanya 4-6 pusingan pengutipan hasil dilakukan. Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar.
PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI
Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:-
- Umur Pokok
Faktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman. Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal.
- Warna Sulur Paut dan Daun Buah
Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang.
- Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah
Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.
- Menjentit Buah
Buah matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring.
- Urat Pada Jalur
Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang.
- Kekilatan Kulit Buah
Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Buah-buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh, diasingkan mengikut saiz, bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam bakul-bakul buluh atau rotan. Ia seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke destinasi jualan. Selepas bakul-bakul disusun bertingkat-tingkat, papan-papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buah-buah menjadi rosak.
TEMBIKAI WANGI (cucumus melo.L)
Nama Botan
|
: Cucumis melo L.
|
Famili
|
: Cucucrbitaceae
|
Nama Lain
|
: Honey dew
|
Berasal dari Afrika Tropika. Tanamannya seakan-akan tembikai tetapi buahnya kecil dan permukaan kulitnya licin. Kulit berwarna putih-putih kehijauan, isi berwarna kehijauan oren dan baunnya harum.
Varieti:
- Jade Dew (jhibrid)
Varieti yang sangat populat masa kini. Toleran kepada cuaca panas. Berat ialah 1.3 kg/biji.
- Sun Lady (hibrid)
Berat buah 1 kg/biji. Buahnya keras dan tahan pengangkutan.
- Sky Rocket
Kulit bulat panjang, warna kulitnya kelabu, berat ialah 1.2-1.5 kg/biji.
- New Century
Buahnya bulat panjang, warna kulitnya hijau, berat buah ialah 1.4 - 1.6 kg./biji.
Iklim dan Tanah:
Memerlukan sinar cahaya matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari. Kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan, buah kurang manis, serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang. Hujan yang terlalu banyak juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan penyakit.
Penyediaan Tanah:
Dua pusingan bajak piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas berukuran 1.8m lebar x 0.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik. Kapur sebanyak 3 tan/hektar, digaulkan dengan tanah semasa membajak.
Membaris dan Menyediakan Lubang:
Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman 2.5 m antara barisan, 1m antara pokok dalam sebaris. INi memberikan sebanyak 4,000 lubang tanaman sehektra. Lubang berukuran 30 sm x 30 sm dikorek dan baja organan sebanyak 1 kg. digaulkan dengan tanah dan dimasukkan ke dalam lubang.
Menanam:
Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke ladang. Biasanya biji benih ditanam terus ke ladang sebanyak 2 biji/lubang. Tanah digaulkan dengan baja organan dalam lubang dan sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang. Apabila tumbuh hanya 1 pokok ditinggalkan bagi selubang. Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu hektar.
Pengairan:
Tembikai wangi sangat peka terhadap air. Ia memerlukan bekalan air yang cukup untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran hasil yang memuaskan. Sistem pengairan renjis disyorkan, kalau tidak, penyiraman dilakukan secara manual.
Pembajaan:
Pusingan
|
Massa
|
Jenis Baja
|
Kadar Pokok
|
Amaun/Hektar
|
1 2 3 4
|
Sebelum menanam 2 minggu 4 minggu 6 minggu
|
Baja organan 15:15:15 12:12:17:2 12:12:17:2
|
1 kgf 30 g 100 g 100 g
|
4 tan 120 kg 400 kg 400 kg
|
Kawalan Serangga / Penyakit:
Kutu Daun
Lalat Buah
Lecuh
Antraknos
Layu Fuzarium
Kulapok Downy
|
- - - - - -
|
Sembur racun Deltamethrin atau tabur Carbofuran. Sembur racun Methamidophos atau Carbofuran. Sembur racun kulat Benamyl. Rawat biji benih dengan racun kulat Mancozeb atau Maneb. Musnah pokok yasng diserang. Amalkan sistem tanaman bergilir. Sembur racun Metalaxyl.
|
Cantasan:
Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata. Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang. Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.
Pengutipan Hasil:
Boleh dipetik 60-70 hari selepas menanam, semasa bua cukup masak tetapi masih keras. Kerja memetik perlu dilakukan dengan cermat, iaitu memotong tangkai dengan pisau. Hasil purata diantara 15,000 - 20,000 kg/hektar.
PENANAMAN TEMBIKAI WANGI CARA TANAMAN PADAT
(suntingan: Majalah Teknotani April 1993 dan Bingkisan Pertanian Bil. 71)
Jenis tembikai wangi yang didapati sesuai untuk pengeluaran secara komersil ialah 'Jade Dew' dan 'Sky Rocket' yang berasal dari negeri Taiwan. Teknologi pengeluaran yang biasa diamalkan hanya mampu memberi hasil sebanyak 8-10 tan sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak 60-80 sen sekilogram buah. Teknologi cara tanaman padat pula mampu memberi hasil sebanyak 30-35 tan sehektar. Hasil yang tinggi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi setiap kilogram buah tembikai wangi kepada 30-35 sen sahaja.
Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 10,000 - 25,000 pokok sehektar berbanding dengan cara biasa sebanyak 4,000 pokok sehektar. Pemilihan kepadatan tanaman bergantung pada saiz buah yang perlukan oleh pasaran. Umumnya, pasaran eksport yang memerlukan buah bersaiz 1-2 kg sebiji, kepadatan tanaman sebanyak 25,000 pokok sehektar didapati sesuai kerana sebanyak 70% daripada buah bersaiz 1-2 kg sebiji. Untuk saiz buah yang lebih besar, kepadatan 10,000 pokok sehektar disyorkan kerana 80% daripada buah yang dihasilkan bersaiz 2.0 - 2.5 kg. sebiji. Kos pengeluaran untuk teknologi penanaman padat lebih tinggi daripada teknologi biasa. Sebahagian besar pertambahan kos ini disebabkan oleh bertambahnya penggunaan biji benih. Walau bagaimanapun, hasil yang tinggi daripada teknologi penanaman padat dapat mengimbangi pertambahan kos ini. Antara kelebihan-kelebihan teknologi penanaman padat ialah:-
- Mampu memberi hasil hampir 3 kali ganda berbanding dengan teknologi biasa.
- Mengurangkan kos pengeluaran bagi sekilogram buah sehingga 50%.
- Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi saiz, kemanisan dan paras kematangan.
- Semua buah boleh dipetik dalam masa hanya satu minggu sahaja berbanding
dengan dua minggu dari ladang yang mengamalkan teknologi biasa.
- Pengusaha buah boleh menentukan saiz buah yang akan dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran.
Penanaman
Kawasan yang bertakung air tidak sesuai untuk ditanam. Pembajaan yang betul dan pengairan yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan pengeluaran yang baik. Cuaca kering dan panas akan menghasilkan buah yang bermutu tinggi.
Benih boleh ditanam terus atau disemaikan dalam kerek. Penggunaan kerek lebih menjimatkan dan menjaminkan pertumbuhannya. Campuran tanah yang disyorkan untuk kerek ialah 3:2:1 bagi tanah:pasir:tahi ayam. Biji benih disyorkan direndam dalam air semalaman untuk memudahkan percambahan. Dua jenis semaian dipraktikkan, iaitu:-
- Di bawah teduhan
Semaian memerlukan 50% teduhan. Benih yang tidak bercambah selepas 6 hari perlu digantikan.
- Tanpa teduhan
Selepas penyemaian, kerek-kerek disusun dan disiram air secukupnya serta ditutup dengan plastik tebal beberapa hari sehingga benih bercambah.
Sungkupan memberi kesan penyejukan pada anak-anak pokok yang baru ditanam dan mengekalkan tahap kelembapan tanah untuk pertumbuhan pokok. Bahan-bahan sungkupan adalah seperti jerami, rumput kering dan kertas. Biasanya, helaian plastik bersalut aluminium digunakan.
Pembajaan
Tembikai wangi memerlukan banyak baja dalam masa yang singkat. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Pembajaan Tembikai Wangi
Peringkat Pertumbuhan
|
Umur Pokok
|
Kadar Baja Sepokok (N:P.K.Mg)
|
Awal
|
Menanam
|
1 - 1.5 kg. tahi ayam 50 gm baja campuran (15:15:15)
|
Pengeluaran daun dan jalar
|
10 hari lepas tanam
|
100 gm baja campuran (12:12:17:2 + zat mikro)
|
Pengeluaran bunga dan buah
|
20 hari lepas tanam
|
100 gm baja campuran (12:12:17:2 + zat mikro)
|
Pengairan
Bekalan air yang mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan, pertumbuhan tampang terakhir, perbungaan dan berbuah adalah amat penting bagi pengeluaran buah bermutu. Sistem pengairan renjis (untuk tanah pasir, tanah liat dan liat peroi) dan pengairan secara manual biasa dipraktikkan.
DIPETIK DARIPADA http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-tembikai.html